Thursday 19 November 2015

PERKEMBANGAN BAYI 10 BULAN




PERKEMBANGAN BAYI 10 BULAN

Berikut adalah artikel yang saya dapat dari Baby Centre dan pengamatan saya sendiri terhadap bayi saya. Sebenarnya saya cari artikel ni sebab nak  check perkembangan bayi saya Mardhiyah. Dia dah 10 bulan sekarang ni.so pada semua kawan-kawan, jom kita tengok perkembangan bayi berusia 10 bulan.

 ****credit to Baby Centre****

Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini.
Baby saya juga memang telah merangkak dengan cemerlangnya. Malah saya perhatikan seawal 9 bulan lagi dia cuba merangkak. Cuma pergerakannya agak terhad. Di usianya 10 bulan ni, kadang kita leka kejap je, aih dah jauh dah dia merangkak… wuihh…nak ke mana tu…? Masa ni memang kita kena lebih banyak ber”senam”. Sabo je lah timah oii…

Pada usia ini juga, bayi anda boleh
duduk dengan yakin
Yang ini pun betul jugak. Baby saya memang boleh duduk dengan baik tetapi pernah la jugak, dia terbalik ke belakang. Berdentum bunyinya.. Allah hu rabbi. Kesiannya. menangis meraung2 dia. Semua di sekeliling tak sempat nak capai dia. Ni buatkan saya terfikir nak letakkan dia kat dalam kolam mandi yang berpump. Bahagian bawah kalau boleh saya nak lapik tilam. Aih..bila la dapat buat. Idea ni saya dapat masa tengok lara Alana anak kepada seleberiti scha dan awal berdiri dalam tu. Ye, saya faham. Diorang nak protect anak diorang. Ibu bapa lain pun fikir macam tu. Semuanya demi anak-anak yang tersayang.

bayi mungkin boleh
berjalan sambil memegang perabot
Yang ni dia dah mula buat sikit-sikit J

dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.
yes, yang pun dia dah boleh. Selalunya bila dia dah lepaskan tangan dan dapat berdiri tanpa sokongan, saya akan senyum kat dia sambil kira satu, dua, tiga, empat, dan seterusnya mengikut berapa lama dia dapat berdiri. Dan dah tentunya dia akan tergelak sama. Best sangat2 tau masa tu bila anak tergelak2.

Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga.
Setakat ni yang dapat imbang badan, berdiri sambil guna objek tu memang ada tapi anak saya masih belum lagi buat aktiviti memanjat-manjat ni. Sikit lagi, mula la dia tu.

Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik.
fuhhh!! Kalau yang ini memang exacly apa yang baby saya suka buat. Benda yang sehalus rambut, seekor semut halus semuanya dia nampak dan dia akan capai menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dia. Kadang tu geram gak tengok dia nak masukkan dalam mulut. Kadang ada cebisan tisu, getah gelang, keropok2 yang terjatuh kat lantai, semuanya dia nak kutip kalau boleh.

Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.
Kadang-kadang je saya dapati baby saya akan senyum apabila berjumpa dengan orang yang baru dikenalinya. Biasanya dia akan memandang kosong sahaja. Tidak tunjuk rasa suka, rasa takut atau penyegan. Hanya selepas beberapa kali bertentang mata atau bermain2 dengan dia, barulah dia menunjukkkan rasa selesa kepada orang yang asing dengannya.

Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda
Baby saya dalam situasi apa pun sangat suka menyebut “abah”. Tak kira dia nampak abah dia ke. Tengah mandi ke, tengah marah ke, mintak perhatian ke, kalau dah kenyang makan pun perkataan yang dia selalu sebut adalah abah. Hehehe…alahai anak abah… kadang tu kalau dia dah mengantuk sangat dia akan memandang saya lama2 sebab nak ajak masuk bilik la tu, tutup lampu, and susukan dia. Barulah dia nak tido. Masa ni dia tak nak abah dia… J

melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu.
saya memang trained anak saya lambai tangan. Saya akan sebut lambai, lambai,… tak kira lah time abah dia nak pergi kerja ke, nampak kucing ke, ayam ke hatta nampak cicak pun saya kan kata lambai..lambai.. maka mula lah tangan dia akan naik dan melambai-lambai. tapi anak saya takkan lambai saya apabila dia nampak saya menuju ke pintu. Dia akan fikir yang saya akan meninggalkan dia. Saya nampak dia rasa tak selesa, rasa tak selamat. Dia akan start mencebik macam nak nangis. Anak saya juga tau tanda2 saya akan keluar dari bilik bila saya dah mula pakai tudung. Dia mula merangkak laju mintak saya dukung dia. Takut kena tinggal. Kenapa saya pakai tudung? Pasal saya tinggal kat rumah keluarga suami. So abang ipar ada, anak buah lelaki pun ada. Hari2 pakai tudung. Jadi anak saya dah terbiasa melihat saya mengenakan tudung walaupun duduk dalam rumah sahaja. Saya hanya bukak tudung hanya di dalam bilik sahaja atau semasa mandi bersama anak perempuan saya.  (malalut dah ni, panjang pulak celoteh)

Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam
kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya.
amazing perasaan ni bila membaca penyataan di atas. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri.  Memang kadang2 tu anak saya tiba-tiba menangis menolak tak mau duduk dalam kereta mainan dia. Maknanya memang betullah dia dah boleh berfikir sendiri. Dia dah menunjukkan apa yang disukainya dan apa yang dia tak suka.

Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.


Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul.Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.
saya sedang praktikkan apa yang saya baca dari penyataan di atas. Saya akan cuba berbual dengan menggunakan ayat yang betul terhadap bayi saya tanpa terikut-ikut bahasa bayinya. InsyaAllah…


kata-kata motivasi 1




kata-kata motivasi 1
          
orang hanya nampak kekayaan anda selepas anda bersusah-payah. namun kesusahan anda untuk menjadi kaya dan berjaya tidak pernah disedari orang lain. hanya yang terdekat dengan anda sahaja yang tahu bagaimana anda naik. bila dah kaya dan berjaya, kongsilah kegembiraan dan kejayaan anda dengan mereka yang pernah dekat dengan anda 

bila orang mengata,mengumpat malah menghina anda, diam dan bersabarlah. Kerana itu lebih baik daripada bertengkar!!

Beristighfar selalu

Selawat jangan lupa

Wanita yang dimadukan, wanita yang ditinggalkan… La Tahzan/ jangan bersedih kepada manusia. Mungkin mereka akhirnya akan menuding jari kepadamu. Tetapi berbisik dan berbicaralah dengan Allah tuhan mu. DIA bukan sahaja MENDENGAR rintihanmu bahkan DIA lah yang akan memberi ketenangan kepadamu.

Sayangnya Allah kepada hambanya adalah 70 kali lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya..

Makan beringat-ingat. Nanti sakit, sendiri yang tanggung ooo…

Tanpa ibu bapa siapalah anda. berbaktilah sementara keduanya masih ada lagi di dunia ini.

Berakit kehulu, berenang ketepian
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian


Ayuh!! Jangan berlengah! Masa tak menunggu kita




Ayuh!! Jangan berlengah! Masa tak menunggu kita
 
Assalamualaikum pembaca blog sekalian. Mudah2an hari ini dan hari2 seterusnya merupakan rahmat kepada kita semua. Tajuk kali ni saya dah simpan dalam draf. Cuma belum nak mengarang lagi… bila saya menyelongkar pagi ni, eh aku buat tajuk jangan berlengah tapi aku sendiri berlengah2 nak tulis pasal tajuk ni. Tak patut. Tak patut…(sambil geleng-geleng kepala). Sebenarnya saya bukanlah sengaja nak berlengah tetapi saya ada misi nak mengarang tajuk yang lain.

Ok. Tutup cerita. Back to the topik. Sebenarnya saya merasakan saya tak layak langsung nak bercakap soal ni. Sejujurnya apa yang saya akan tulis ni mungkin akan terkena batang hidung sendiri juga. Ia macam “ ko nak nasihatkan orang, ko pun sama”. Tetapi saya ketepikan hasutan syaitan. Saya teruskan menaip. Kerana saya menulis apa2 yang ada dalam fikiran dan hati saya. Niat saya adalah bila saya menulis di dalam blog, saya sendiri yang akan membacanya. Saya suka apa yang saya tulis, jadi saya akan baca dan terus membaca. Ia akan jadi peringatan kepada diri saya sendiri. Dan dah tentunya saya tak nak ada orang lain yang buat apa yang saya dah buat.

Sebenarnya dalam hidup kita, ada macam-macam perangai manusia. ada banyak sangat peluang dan ada banyak sangat alasan. Persoalannya kita dapat melihatnya atau tidak. Bila ada di antara kita sudah nampak apa peluang yang ada, adakalanya kita sendiri tidak tahu apa yang harus dipilih. Mana yang terbaik. Semasa sibuk menimbang-nimbang mana yang terbaik, masa tetap berjalan. Kita masih lagi tak tau apa nak buat. Kadang-kadang ragu2 dengan keputusan yang telah dibuat. Mungkin jugak merasa menyesal. Yang lebih teruk , kembali semula kepada keputusan yang asal sebelum sempat meneroka dan mencuba sesuatu yang baru yang mungkin sebenarnya adalah “peluang”. Selalu tak situasi ini terjadi kepada anda wahai pembaca yang budiman? Saya tahu ada yang jawab ya walaupun di dalam hati kecil sahaja. Selalu jugak saya dengar peluang cuma datang sekali. Tetapi dalam kehidupan, saya sangat merasakan peluang datang setiap hari. Kenapa saya kata macam tu? Sebab saya tahu rezeki Allah tersangatlah banyak dan luas. rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Mungkin saya akan kupas dalam satu topik lain. InsyaAllah…  

Saya ambil contoh solat. Kadang-kadang ada cerita yang menarik sangat. Tapi kebanyakkan dari kita (ingatkan diri sendiri jugak) masih terus menonton sampai dah nak dekat habis waktu . khusyuk sangat tak sedar. Kadang tu dah pandang jam kat dinding, aih ada masa lagi ni..kejap lagi lah. Bila cerita dah habis menggelabah nak ambik wuduk pasal rupanya tinggal 5 minit je lagi dah nak habis waktu sembahyang. Baru nak angkat takbir, dah dengar azan…. Qada’ memang lah boleh qada, tapi sengaja tinggalkan apa pulak hukumnya.. ha…jawab sendiri tau… pembaca budiman sekalian, betapa berharganya masa. Betapa manusia selalu berlengah sedangkan masa terus berjalan dan tidak pernah menunggu. Kadang-kadang dalam kehidupan pun kita kena buat pilihan dan keputusan segera. Kalau tunggu punya tunggu punya tunggu, alamatnya tak menjadi. Macam dialog p.ramlee dahhh…

Sebagai contoh kerja (pun ingatkan diri sendiri jugak – taknak lupa diri kata kan). setiap tahun berapa ramai graduan yang keluar dengan ijazah dan diploma masing-masing. Ramai yang memilih kerja yang sesuai dengan bidang yang mereka belajar. Ada yang menunggu gaji yang lebih setimpal. Ada yang bercita-cita lebih tinggi. Saya pun pernah menganggur jugak. So saya cakap ni bukan reka-reka tetapi dah ada pengalaman sendiri. Saya faham dengan mereka-mereka yang kat luar sana yang sedang menganggur tu. Ada tu memang sungguh2 menunggu panggilan telefon dari pelbagai syarikat yang mereka dah submit resume. Tak kiralah dari job Malaysia ke, dari job street ke, guna pos, hantar direct/by hand, temuduga terbuka dan macam2 lagi…dah lepas 2 bulan, dah lepas 6 bulan , eh dah setahun pun… takde ke yang nak panggil ni… sedar2 tak sedar anda dah duduk di rumah with no income for a year. Can you imagine. Jom kawan2 ,adik2 yang masih memilih kerja @ tanam anggur, bangun, gosok gigi, basuh muka, mandi, take a breakfast, pakai baju elok2, g la PPD bawak sijil2 anda, mintak jadi guru ganti. Sementara je. Kalau tak minat, masuk je mana2 pasaraya giant, tesco, mydin, dll apply kerja, dalam hati sematkan untuk sementara je sebelum aku dapat kerja yang aku idam2kan. Tapi jangan pulak kerja main2. Tetap kena sungguh2. Dapatlah lepas duit makan sendiri. Betul tak.. jom… bangkit semua. Bangun. Habis baca ni. Dah dah la tu, jangan berlengah lagi… ayuh…kejar masa.  

Banyak lagi sebenarnya contoh lain yang dekat sangat dengan diri kita. Biarpun apa pun pilihan yang ada, AYUH, JANGAN BERLENGAH. Masa tidak menunggu kita

Bercakap soal jangan berlengah, sepanjang bulan November 2015, Shaklee ada menawarkan promosi beli 7 botol vitamin c dan bayar pada harga 6 botol sahaja – kesimpulannya percuma 1 botol vitamin c kalau anda beli 6 botol. 

Satu botol ada 180 biji. Cara pemakanan hanya sebijik sehari. Kiralah. 180biji/30 hari=6 bulan. 

Sebiji sehari vitamin yang anda bekalkan kepada anak/suami/isteri/adik/anak saudara dan sesiapa yang anda sayangi hanya berharga rm0.55 sahaja. Sebiji=rm0.55 tetapi bila dah masuk dalam badan, nilainya sudah pasti lebih malah lebih lagi. 

Semua orang di Malaysia pasti pernah dengar/tahu apa itu vitamin c. apa kebaikannya. Mari berkongsi rasa sihat dengan keluarga anda. Belanjalah mereka(suami/isteri/anak pintar anda) vitamin c yang mempunyai banyak kebaikan dan khasiat
.  
Tinggal 11 hari lagi sebelum berakhirnya promosi hebat ni. Jom order vitamin c. cepat2lah call/sms saya. Jangan berlengah lagi.


Call/sms: 012-3874131

FB: NORMILAH SYAHIDA – nak pm saya pun boleh. Sgt dialu-alukan

Blog: raudhahanas.blogspot.com


Monday 16 November 2015

Didik anak dengan Al-Quran



Didik anak dengan Al-Quran

Assalamualaikum….

Salam  sejahtera semua pembaca blog. Entry ini pun ditulis selepas tidurkan anak ku mardhiyah… hehehe… masa lapang ni kenalah ambik kesempatan gunakan masa yang ada untuk update blog atau buat perkara yang bermanafaat. Hari ni nak share dengan korang semua pembaca blog yang dikasihi Alllah, tazkirah yang sempat saya rakamkan kat channel 119/tv9 bersama ustazah Ainun Mardhiah Ismail…Berikut antara intipati yang dapat saya kumpulkan…
Selamat membaca…. ;-)

Mengapa kita perlu mendidik anak-anak dengan Al-Quran?

Al-Quran merupakan mukjizat dari Allah. 

Al-Quran akan memberikan kesan yang cukup besar kepada hati dan jiwa anak-anak

Selain itu , Bacaan ayat2 suci al-Quran mampu melembutkan hati anak kita

Dasar islam itu sendiri menyuruh kita mengajarkan kepada anak2 dengan Al-Quran.

Al-Quran juga dapat meningkatkan ketajaman akal fikiran anak2. Maka anak2 akan lebih terang hati dah fokus kepada pelajaran

Dalam Al-Quran ada kisah2 nabi. Eloklah diperkenalkan pada anak2 surah ni kisah nabi yusuf, surah yang ni kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi ismail. Bacakan jugak buku2 yang baik, ada kisah2 nabi, para sahabat, kisah2 teladan. insyaAllah ia akan mendidik akhlak / keperibadian yang baik kepada anak2 kita  

Tips menghafaz Al-Quran untuk anak-anak..
Menurut ustazah Ainun, Ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang berfikir anak adalah aset dan saham akhirat bagi diri masing2. Oleh itu hendaklah mempersiapkan anak2 dengan ilmu yang baik terutamanya Al-Quran.
Asasnya bermula daripada kehamilan si ibu. Ibu kena banyakkan membaca Al-Quran.
Ibu dan ayah kena sepakat untuk menjadikan rumah tangga meriah denga Al-Quran
Biasakan anak2 praktiskan Al-Quran sebelum tidur bermula dengan surah2 yang pendek. Ibu dan ayah kena peluk dulu anak2, usap kepalanya, kata orang sambil dodoi2 anak nak tidur tu, bacalah sebuah surah. Contohnya al-fatihah dulu. Hari2 lain bolehlah diperkenalkan dengan surah lain seperti al-falaq, an-nas dll. 
Masa kecik ni, anak2 kita melalui satu tempoh yang subur. Mindanya mudah absorb semua perkara yang dia nampak, dengar dan rasakan. Macam SPAN. Dia ambik semua sekali tak kira baik ataupun buruk. Pada waktu ini, segala ilmu yang baik mudah meresap dalam fikirannya. Jadi eloklah masa ni korang semua pasangkan cd Al-Quran dalam kereta, dalam rumah, pasang saluran tv yang baik, cerita yang elok2,radio yang ada unsur yang baik contohnya Ikim.fm. jangan pulak pasangkan saluran yang ganas2, gusti, drama bunuh2 dan sebagainya.
Buat jadual. Contohnya wajib semua ahli keluarga berkumpul untuk mengaji, hafazan dan tazkirah di antara waktu maghrib dan isya’/ selepas subuh
Ibu bapa kena bangunkan dakwah dalam rumahtangga dengan mengadakan usrah
Ibu dan ayah kena tunjukkan teladan yang baik. Ibu dan ayah lah yang mula2 sekali kena mengaji dan tunjukkkan kemanisan dan keseronokan kepada anak2 supaya mereka turut merasa gembira untuk mengaji
Jangan sesekali mendesak dan memaksa mereka mengaji secara kasar. Ajakan kena berhemah
Ibu dan bapa bolehlah letak target dari sekarang untuk hantar anak2 masuk ke sekolah tahfiz… azam ye masing2. ;-) pesanan untuk diri sendiri jugak nie… J